Secara umumnya, perenggan isi terbahagi kepada 3 bentuk.
I. Perenggan Deduktif
II. Perenggan Induktif
III. Perenggan Gabungan
PERENGGAN ISI
Ayat Topik / Isi Utama (AT)
- Mesti menjawab soalan yang diberikan.
- Menggunakan ayat yang mudah difahami.
Ayat Huraian (AH)
- Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
- Boleh merangkumi aspek persoalan bagaimana dan mengapa.
- Penggunaan penanda wacana yang sesuai.
- Guna kosa kata, ungkapan atau frasa yang menarik.
Ayat Contoh (AC)
- Bukti penyokong kepada isis utama dalam bentuk data statistik, pendapat dan penemuan atau kajian sains
Kesimpulan (Ayat Penegas) (K)
- Penutup perenggan dan menegaskan.
Contoh :
Skop soalan : Kesan Rasuah
Selain itu, rasuah turut akan mewujudkan pemerintahan yang lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya (AT). Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir (AH). Akibatnya, ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya(K). Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung. (AC)